Friday, May 27, 2011

Keadaan Semasa.....

Agak sekian lama lagi aku telah meninggalkan page ku ni..Anyway..lately takde masa nak mg UPDATE blog…ni pun sebab kene replace Symmah (our reception yang chomel)…begilir –gilir la kiterang ber tiga menggantikan cik adik reception yang sedang bercuti ….HR department now dah takde staff lelaki dah..all da ladies …..Maintenance ,, Car arrangement….semua dah di handle oleh cek mek Azie & Ms.Tan….dasyattt team HR…cume I ngan cik Symmah jer yg buat keje 2 lemah lembut nih..hehe ..tu karenah di office…

Di rumah dengan my only pwincess…die dah pandai Menyorokkan barang…main senduk mummy….and pantang tgok iklan & dengar lagu..kerjanya aSyikk nak berjogetttAisya my lovely Daughter….pandai ambil phone mummy…eyeshadow mummy..sorok dalam bakul toiletries  die…So mean..andaikata ada Barang hilang …mummy kene terjah ke Bakul tue…kat situ lah die sorok segala barang2 ….
Mummy dah tak menang tangan nak jaga dia expecially kalau bawak gi Shopping mall….nak x nak kene bawak partner…baru leh handle….best partner die is MakDek die la….tu lah tmpat berkasih saying nyer….walau makdek tu lah yang garang..yg paling banyak men dera…tu lah jgak Aisya sayang..
 
Finish on my personal part…

Topic sebenarnye adelah..KEADAAN SEMASA,,, status ku di FB…penattttttt..dengan keadaan semasa..isu –isu politik d tempat kerja……

Walau tak kene pada aku…but ….hurmmm…
Mulut TEmpaYAnsuka Jage tePi Kain OrangKaki Ngumpat..all her lah…

Tahu tak Mengumpat tu lagi dosa dari Zina…..after solat..ngumpat owing tu..owang nih…jangan ingat ini tempat takde CcTv..siap leh dengar apa you cakap lagi..so Jaga – Jaga……bile nak ngumpat tu..toleh kiri kanan depan belakang…..tgok ade tak cctv..hehehehe…

So pada You All yang sebegitu beringattt lah…….

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah
biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadisriwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. “Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud)Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar
apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab : “Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang
muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat
.*Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.Ilmu yang  bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarkannya meskipun dia sudah mati “… kadang-kadang diri terfikir andai tiba-tiba kematian datang menjemput apa bekalan yang akan ku bawa…sedangkan aku hidup seperti tidak akan mati…begitu juga keyakinan ku seolah-olah kematian itu tidak wujud dalam hidupku. ya Allah, ampuni aku, berikan kebaikan untukku dunia dan akhirat.

Itu lah saja buat masa ini.......
will be continueeee.....

No comments:

Post a Comment